Monday, April 6, 2009

Persembahan Semester 1

Bumi....
Terbentang Luas
dihiasi flora dan fauna

nun dihujung sana
kelihatan seorang perawan
asyik melihat kejadian alam
menghirup udara segar pagi
melihat, mendengar kicauan burung
merdu sekali

bunyi tempik sorak isi hutan
kera, lotong bertempiaran lari..
kicau burung tak semerdu dulu

hutan dinoda
jentera gergasi memusnah segala
tanpa ada rasa belas dan kasihan

umpama balasan kerakusan manusia
bencana alam silih berganti
kejadian tanah runtuh
banyak nyawa terkorban
banjir besar melanda
membawa bersama harta benda
anak kehilangan ibu bapa
suami kehilangan isteri
ibu kehilangan anak

sedarlah insan
kita hanya manusia
menjadi khalifah di muka bumi ini
memegang amanah yang diberi
bertanggungjawab menjaga alam ini

p/s : tolong hayati dan kita akan beri watak dalam jangka masa terdekat.inilah persembahan kita semasa perkhemahan


Watak2 yang diperlukan

Pembaca puisi= 4 orang
Jentolak = 2 orang
pokok = 5 0rang
burung =3 orang
ibu menangis=2orang
anak2 kecik = 4 orang
orang kampung = 8 orang
kera dan lotong = 4 orang
bunga = 4 orang

tolong post dalam blog, pilih watak anda...sebelum hari sabtu...dalam bas kita bincang skit yer....

0 comments:


Blogspot Templates by Isnaini Dot Com and Wedding Bands. Powered by Blogger